Latest News

Benjy Berdepan Hukuman Gantung Jika Didapati Bersalah Cuba Pindah Makmal Dadah

Penahanan seorang pelakon berusia 37 tahun di Pagoh semalam dipercayai ada kaitan dengan usaha rangkaian dadah mahu memindahkan makmal syabu di Kuala Lumpur ke daerah ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia dalam kenderaan pelakon lelaki itu yang biasanya digunakan sindiket untuk memproses syabu.
“Kita percaya mereka baharu sahaja berpindah dari sebuah kawasan di Midvalley, Kuala Lumpur ke daerah ini dan jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga lima kilogram pada satu masa.
“Ini juga berdasarkan penemuan dadah jenis syabu seberat lebih 1.3 kilogram. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.
Pelakon tersebut yang merupakan anak kepada seorang dramatis ditahan buat kali keempat berkaitan kes dadah semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada pukul 1.40 pagi semalam.
benjy Dia ditahan bersama seorang rakannya berusia 28 tahun yang memandu kereta terbabit dan pemeriksaan menemui empat peket syabu dalam satu ruang di tempat letak kaki di bahagian belakang selain beberapa barangan disyaki untuk memproses dadah.
Turut ditemui empat botol kaca mengandungi bahan kimia tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan Bendosen Calcium Chloride serta kelengkapan lain seperti alat penyuling, balang dan corong kaca, pengering serta dapur elektrik.
Azman berkata, nilai dadah itu dianggarkan RM660,000 dan kedua-dua suspek direman sehingga 2 April ini sementara ujian air kencing mendapati pelakon tersebut negatif dadah manakala rakannya positif.
benjy “Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek lain yang berkemungkinan turut terbabit dalam kes ini,” katanya.
Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalah seseorang itu boleh dihukum gantung sampai mati. Sumber Harian Metro danKosmo.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.