Latest News

Saya Tak Faham Kenapa Ramai Yang Pandai-Pandai & Suka Buat Cerita – Emma Maembong

Inilah akibatnya menjadi single dan solo kembali. Selepas putus cinta dengan Zizan Razak, nama Emma Maembong hangat diperkatakan sedang menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’ bersama Kamal Adli. Desas-desus terbaru menyatakan yang Kamal Adli telah pun membawa Emma Maembong bertemu keluarganya. Namun ternyata desas-desus itu palsu. Kamal Adli sendiri telah tampil menafikannya dan kini tiba giliran Emma Maembong pula membuat penafian yang sama. Ternyata Emma dah bosan, jelik, jelak dan kecewa dengan desas-desus tidak masuk akal ini.
emma maembong
Kalau Abang Nara jadi Emma Maembong pun pasti tertekan dan stress dengan desas-desus sebegini. Kita duduk senyap-senyap buat kerja pun ada orang nak sebarkan benda mengarut. Kata Emma:-
Saya sudah tak larat asyik ada saja gosip. Kasihan pada ayah saya. Harap semua fahamlah. Saya sudah malas dan tak nak komen apa-apa lagi sekarang. Perkara (bertemu dengan keluarga Kamal) memang tak berlakulah.
Saya sangat tak faham kenapa ramai sangat yang pandai-pandai dan suka buat cerita. Tak tahu mana mereka dengar dan apa sebab buat cerita begini.
emma maembong
Lebih menakutkan ialah selepas desas-desus bertemu keluarga, ada pula orang membuat cerita yang Kamal Adli dan Emma Maembong bakal berkahwin tahun ini. Pergh!!! Upgrade sungguh gosip ini. Kesian kat Emma dan Kamal. Bersabarlah. Inilah lumrah kehidupan seorang selebriti. Lagipun ada kedua-duanya single. Mungkin ada pihak yang nak ‘kenen’kan sebab suka sekiranya anda berdua benar-benar bercinta. Sumber Harian Metro.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.