Latest News

Berjumpa Isteri Hanya 2 Minggu Sekali, Fahrin Ahmad Luah Kata-Kata Rindu

Apabila sudah berkahwin, impian setiap pasangan suami isteri sudah tentu sentiasa berada di samping pasangan yang tercinta, lebih-lebih di saat awal perkahwinan ketika masing-masing sedang mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam. Namun tak semua yang kita impikan boleh menjadi kenyataan. Contohnya Fahrin Ahmad dan isteri, Elena Hani yang terpaksa tinggal berjauhan dan hanya bertemu sekali setiap 2 minggu kerana kerjaya isterinya selaku ketua pramugari di Dubai.
fahrin ahmad
Sudah pasti selaku seorang suami, Fahrin merindui kehadiran isterinya sepanjang ketiadaan Elena di sisi. Abang Nara suka membaca kata-kata romantis yang diluahkan oleh Fahrin. Memang benar selepas berkahwin semua keputusan yang kita lakukan pasti akan turut sama fikirkan isteri tercinta. Sweet sangat kata-kata Fahrin ini:-
Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai.
Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini.
Kalau dulu, apa-apa keputusan saya akan buat sendiri. Tetapi sekarang, walaupun dia duduk jauh, saya tetap teringatkan dia.
Beli barang-barang runcit juga saya akan memikirkan Elena. Kita tahu sekarang ini, pergi mana-mana pun, kita sudah ada tanggungjawab antara satu sama lain.
Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian. Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha…
fahrin ahmad
Romantis juga rupanya Fahrin Ahmad ini kan? Abang Nara boleh agak betapa rindunya Fahrin kepada isteri tercinta. Memang susah juga berkahwin dan tinggal berasingan. Namun inilah yang dinamakan pengorbanan. Selepas ini Elena akan berhenti kerja jadi bolehlah luangkan masa bersama sentiasa. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Mstar Online.

fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.