Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki
Aksan, 44, bertindak melakukan serbuan bersama Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan merampas produk
tiruan Pelikat Pants keluaran syarikatnya B.O.B di Jalan Masjid India,
di sini, petang tadi.
Afdlin
berkata, dia terpaksa mengambil tindakan itu kerana menerima banyak
aduan daripada ejen rasmi perniagaannya terhadap penjualan produk tiruan
Pelikat Pants yang diusahakannya sejak dua tahun lalu itu.
“Saya tidak halang orang lain hendak berniaga, tapi kalau hendak jual barang, ikutlah saluran betul.
“Jika mahu
jual produk lebih kurang sama, cubalah berinovasi sedikit dan hasilkan
rekaan tersendiri. Jangan ambil jalan mudah dengan menjual produk
tiruan.
“Bayangkan
kerugian dan kesan terpaksa saya dan ejen-ejen lain tanggung disebabkan
penjualan produk tiruan itu yang ditawarkan pada harga lebih rendah,”
katanya.
Dalam serbuan jam 5 petang itu, sebanyak 32 helai produk Pelikat Pants tiruan dirampas dengan nilai sebanyak RM1,280.
Serbuan
diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kuala Lumpur, Ab Rahim
Ahmad bersama tiga pegawai dan lapan wakil syarikat B.O.B. di bawah Akta
Hak Cipta 1976.
Menurut
Afdlin, penjualan produk tiruan itu dengan harga lebih rendah berbanding
harga sebenar RM75 menjejaskan perniagaan ejen rasminya.
Afdlin Shauki berkata, sebelum serbuan pihaknya sudah melakukan pemantauan produk dan harga di sekitar kawasan terbabit sebanyak dua kali.
“Saya
menerima laporan daripada wakil-wakil jualan rasmi sejak dua minggu
lalu. Susulan itu, kami buat laporan kepada KPDNKK minggu lalu dan
jalankan serbuan hari ini.
“Penjualan
produk tiruan itu bukan saja menjejaskan pasaran jenama Pelikat Pants
saya, malah ejen-ejen rasmi saya turut terjejas kerana pengguna membeli
barang tiruan dengan harga lebih rendah,” katanya.
Sumber : Metro______________________________________________________________
sumber
No comments:
Post a Comment