@#Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kemalangan Ida Nerina
dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya
satu ketika dahulu? Apakah yang berlaku kepada beliau selepas bercerai
dengan Sharin Blackrose dan di manakah beliau kini?
Semua
persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Ida yang kini berkerusi
roda bakal menjadi juri program Liga Lawak Superstar (LLS) yang bakal
disiarkan secara langsung di TV3 bermula Ahad ini. Turut bergandingan
bersamanya ialah Vanida Imran dan Adlin Aman Ramlie.
Bagaimanapun, memandangkan ketidakupayaan Ida bergerak, pihak produksi akan membantu pelakon itu daripada segi pergerakannya.
"Kita tahu, Ida sudah lama tidak melibatkan diri dalam televisyen dan rasanya pasti ramai peminat merindui dia.
"Alhamdulillah, pada mulanya Ida seperti berfikir panjang untuk menerima
tawaran ini tetapi akhirnya dia bersetuju untuk beri kerjasama," kata
Afdlin Shauki selaku pengarah dan penerbitnya pada media di majlis
pelancaran program LLS di Hotel Empire, Subang jaya, Selangor semalam.
Liga
Lawak Superstar melibatkan seramai 16 selebriti itu dibahagikan kepada
lapan kumpulan antaranya Kamal Adli, Iqram Dinzly, Syafiq Kyle, Akim
Ahmad, Mikael Andre, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Qazeem Nor,
Idzham Ismail, Aidil Aziz, Anas Ridzuan, Aman Nassim dan Zalif Sidek.
Ia
juga melibatkan pelawak seperti Azlee (Senario), Bell Ngasri, Aziz M.
Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Ropie, Didie Alias dan Farouk Hussein
terlibat sebagai mentor kepada peserta.
Kami percaya ramai yang merindui lakonan aktres hebat, Ida Nerina di
televisyen mahupun filem. Selepas insiden tragis yang berlaku kepada
dirinya, Ida lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir.
Dengan
keadaan dirinya sekarang yang berkerusi roda, Ida seorang wanita yang
kuat dan tidak pernah melihat perkara itu sebagai halangan untuk
meneruskan kehidupannya.
Tahun lalu, teater arahannya, What'll Break You/Apocalips telah
dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) dan mendapat
sambutan menggalakkan.
Bukan hanya mengarah, Ida juga masih berlakon dan membuat kemunculan
istimewa filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera
sebagai Jah Steno selain filemSplit Gravy On Rice.
Hits juga difahamkan ada pihak media yang berminat mahu mengambil
gambar terbarunya dalam satu majlis baru-baru ini tetapi dia menolak
dengan penuh diplomasi.
Mengenali pelakon yang mula dikenali menerusi filem Selubung ini, dia sememangnya cukup berahsia tentang kehidupan peribadi.
Usahkan pihak media tetapi Ida juga nampaknya meletakkan batasan
buat peminat seandainya ada pertanyaan yang difikirkan begitu remeh.
Seperti mana yang ditulis dalam akaun Twitter baru-baru ini, Ida
awal-awal lagi memohon maaf kepada pengikut dan peminat seandainya ada
soalan yang tidak mahu dijawab.
"Minta maaf semua. Rasanya tidak perlulah anda bertanyakan tentang kehidupan saya sekarang, mengapa lama menyepi dan sebagainya.
"Percayalah, saya tidak akan membalasnya. Kalau mana-mana pihak yang
mahu tahu tentang perkembangan terbaru, layari sahaja Facebook dan
Twitter. Di sana, saya akan memberitahu segala-galanya. Terima kasih dan
sayang semuanya," kata Ida ringkas.
sumber asal
______________________________________________________________
sumber
No comments:
Post a Comment