Latest News

TAK TAHAN DITUDUH - BEKAS PENGURUS MUAT NAIK VIDEO NAD ZAINAL

Jika sebelum ini, Nad Zainal menuduh bekas pengurusnya, Alog Zuren telah melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya, terkini bekas pengurusnya itu telah memuat naik video mengenai sikap kurang ajar Nad ketika menghadiri rumah anak yatim.

Ini kerana pengurusnya itu berang dengan tindakan Nad dan ingin menegakkan kebenaran yang membuktikan dia tidak bersalah.

Video yang dimuat naiknya itu menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan sambil asyik bermain telefon sehingga tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas.

Klik gambar untuk size besar




"Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi.

"Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini," ujar Alog Zuren dipetik sebagai berkata.









ATAU KLIK DISINI
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.