Latest News

[VIDEO LIVE] Terpukau Kehebatan Nyanyian Dato Siti Nurhaliza Lagu A.R Rahman


SEMALAM, program nyanyian peringkat global, International Supertar 2015 telah melabuhkan tirai dengan meriahnya apabila ia dihadiri ribuan penonton dan menampilkan persembahan-persembahan hebat peserta-peserta dari lima buah negara iaitu Malaysia, India, Mauritius, Kanada dan Singapura.
Bertempat di Putrajaya International Convention Centre, rancangan tersebut turut menjemput beberapa penyanyi terkenal untuk membuat persembahan, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Goldkartz, Fuying & Sam dan Gowri Arumugam.

Namun sudah tentulah, penyanyi nombor satu negara, Siti berjaya mencuri tumpuan terutamanya ketika membuat persembahan dengan lagu ciptaan komposer antarabangsa terkemuka, A.R Rahman bertajuk Nenjae Ezhu.
Beliau bersama artis-artis lain muncul dalam salah satu segmen untuk mendendangkan lagu berkenaan, namun jelasnya, sambutan luar biasa diterima Siti ketika berada di atas pentas.
Kalau ada yang tak percaya, anda tonton sendiri video rakaman ini.
Ternyata, vokal dan aura Siti berjaya mencuri perhatian penonton apatah lagi percubaannya untuk menyampaikan lagu berbahasa Tamil berkenaan dibuat julung kalinya.
Melalui ruangan komen di laman Youtube, ramai peminat terpegun dengan keupayaan Siti menyampaikan lagu tersebut secara lancar, malah ada pengguna berbangsa India turut memuji diksi Tamil siti yang disifatkannya clean and clear.
Bukan itu sahaja, ada segelintir individu turut melihat situasi ini secara ‘luar kotak’ apabila menyifatkan keterlibatan Siti dalam program tersebut mampu menjadi ikon dalam menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia.
Tahniah, Datuk Siti! – MYNEWSHUB.CC
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.