Latest News

Fara Mendoza Tercabar Diperlekeh Almy Nadia, Hantar Semua Perbualan Fizz Fairuz

Beberapa minggu lepas kecoh seketika apabila seorang pelakon yang tidak begitu dikenali, Fara Mendoza memuat naik screenshot perbualannya dengan pelakon Fizz Fairuz di WeChat. Menurut Fara, Fizz cuba menggodanya menggunakan wang ringgit setelah mereka terserempak di penggambaran sebuah drama.


 photo 11875376_1473819952922979_1683041713_n.jpg

Hasilnya, dia mula dikenali ramai dan kini mempunyai ratus ribuan pengikut di Instagram. Pada masa itu, Fizz menafikan mengenali Fara, manakala Almy Nadia, isteri Fizz pula memuat naik satu status memerli Fara di Instagram.

Melalui Utusan Online, Fara memberitahu yang pada waktu itu, dia berasa tercabar apabila Almy menyindirnya.
Waktu dia kata begitu, saya masih boleh bersabar lagi kerana saya fikir kalau bercerita secara terperinci, nanti bukan setakat dia, keluarganya juga akan mendapat malu. Saya masih fikirkan hal keluarganya lagi…mempunyai anak dan isteri.
Jadi saya tampil kata, okey la mungkin itu akuan palsu Fizz dengan harapan cerita itu akan habis di situ sahaja. Tapi kesabaran saya tercabar apabila Almy Nadia tampil memperlekeh saya di laman Instagram miliknya. Dia kutuk saya tanpa usul periksa.


 photo 11820576_1613640885553378_324831047_n.jpg

Berikutan itu, Fara telah menghantar semua perbualannya dengan Fizz kepada Almy.

Daripada kata-katanya itu, seolah-olah saya ini terdesak sangat. Apa salahnya kalau dia rasa saya sengaja membuat cerita, terus telefon saya dan bertanyakan kedudukan sebenar. Dia boleh minta nombor saya daripada suaminya. Kenapa dia terus diam apabila saya hantar semua perbualan antara saya dengan Fizz.
Hah! barulah dia tahu, saya bercakap benar atau sengaja nak cari publisiti murahan. Saya harap di masa depan, janganlah suka-suka nak hentam orang tanpa usul periksa. Apa yang saya buat itu bukan untuk publisiti tapi sebagai amaran untuk Fizz agar tidak meneruskan perbuatan sebegitu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Fara menafikan dirinya seorang perempuan murahan seperti anggapan orang ramai setelah semua itu didedahkan.
Saya bukan perempuan murahan, saya hanya mahu orang tahu kebenaran apa yang berlaku dan orang kat luar sana tak faham apa yang saya nak sampai kan dan terus menghukum saya.
Menurut Fara, gambar dirinya kononnya bercium dengan seorang wanita yang tersebar bukan gambar dirinya.
Orang luar terutama di laman sosial sesuka hati sahaja melabel saya. Pada hal mereka kenal saya pun tidak. Pandai-pandai sahaja menyebarkan foto lama saya yang kononnya bercumbuan itu. Untuk pengetahuan semua itu bukanlah foto saya.
Menceritakan bahawa ibunya mengamuk ketika kontroversi itu berlaku, Fara mendakwa dia tidak mendapat tawaran berlakon walaupun selepas kontroversi itu. Sebaliknya dia memberitahu yang dia menyara hidupnya dengan menjual kasut melalui satu perniagaan yang diusahakan bersama kakaknya di Instagram.

Pernah berada di bawah pengurusan Metrowealth, Fara telah meninggalkan syarikat itu pada Mei tahun ini dan berharap mendapat lebih banyak tawaran berlakon kerana dia ingin menceburi dunia seni secara serius.

Fara juga turut memberitahu yang Mendoza bukanlah nama sebenarnya, sebaliknya menggunakan nama itu kerana minat dengan telenovela latin Rosalinda. Nama sebenar beliau ialah Noor Faralina Md.Yunus.


Sebenarnya, Fara boleh saja menghantar screenshot perbualannya dengan Fizz kepada Almy tanpa memuat naik di WeChat supaya ia tidak diketahui ramai, tetapi mungkin dia bimbang tidak akan dilayan pula. Apa pun alasannya , perkara ini sudah terjadi. Apa yang boleh dibuat ialah bagi semua pihak untuk mengambil pengajaran dari kontroversi ini. Tak gitu?
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.