Baru-baru ini, ada satu gambar separuh bogel seorang wanita tersebar di
laman sosial yang mendakwa ianya adalah Rozita Che Wan atau lebih mesra
dengan sapaan Che Ta.
Che Ta bagaimanapun menafikan bahawa gambar separuh bogel itu adalah
dirinya dan berkata yang beliau tidak pernah merakamkan gambar dalam
keadaan memalukan seperti mana yang tersiar.
Gambar yang dipercayai menggunakan proses tindanan itu memaparkan wanita
dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju dan
menampakkan payu dara.
Klik gambar untuk size besar
Beliau percaya peminat masa kini lebih bijak berfikir dan tidak membuat
kesimpulan dengan begitu mudah terhadap perkara negatif sebegitu.
Malah beliau turut memaklumkan mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain
Saidin dan mereka menganggap ia sebagai perkara lucu kerana tahu gambar
itu tidak benar sama sekali.
"Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu
lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini
kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.
"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya
juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan
dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya.
"Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti
sesetengah pihak menggunakan teknik 'superimpose' kelihatan seperti
benar.
"Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya
enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada
saya," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.
Sumber: BH
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment