Perkongsian isteri arwah Harun Salim Bachik, Suriati Mohd Noor melalui
Melodi baru-baru ini cukup meruntun hati dia menjelaskan perkara sebenar
mengenai perjalanan hidup mereka selepas pemergian pelakon tersebut.
“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak
raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung
anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami
sekeluarga”
“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih
sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,”
jelas Kak Su menahan air mata. Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa
suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun Salim Bachik demi
meneruskan legasi arwah.
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment