Latest News

Kalau Dah Dipatenkan, Sila Kemukakan Bukti – Neelofa

Neelofa menyifatkan pihak yang menuduhnya menciplak tudung keluaran syarikatnya iaitu NaelofarHijab daripada jenama lain adalah tindakan tidak profesional.

Pelakon Neelofa menyifatkan pihak yang menuduhnya menciplak tudung keluaran syarikatnya iaitu NaelofarHijab daripada jenama lain adalah tindakan tidak profesional. Katanya tuduhan pemilik tudung jenama Sugar Scarf itu yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial sehingga menjadi viral secara tidak langsung merendahkan maruah dan integriti syarikat dan kredibiliti peribadinya.
“Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas NaelofarHijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini. Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak  mendatangkan sebarang manfaat.”
Neelofa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan seorang wanita yang menjalankan perniagaan tudung jenama Sugar Scarf yang mendakwa NaelofarHijab telah meniru rekaan tudung keluaran syarikatnya. Tegasnya, sekiranya individu itu yakin dia meniru tudung dimaksudkan, pihak berkenaan dinasihati menggunakan khidmat peguam bagi menjelaskan isu tersebut.
“Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan ‘team’ perundangan syarikat kami. Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugar Scarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar. Malangnya, cadangan saya itu tidak diendahkan. Pihak itu memilih untuk terus mengeruhkan keadaan di media sosial. Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami  produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat.”
Sumber : mStar
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.