Yusry KRU atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim kini bergelar bapa
apabila isterinya Lisa Surihani telah selamat melahirkan bayi sulung
mereka sekitar jam 11.44 malam semalam.
Menerusi status terbaru di laman Facebook Nur Fazura, dia mengucapkan
tahniah di atas kelahiran sulung bayi perempuan teman baiknya, Lisa.
"Syukur. Alhamdulillah. Tahniah Ize (merujuk kepada Lisa) kerana selamat
melahirkan bayi perempuan. Kak Ifti ( merujuk kepada watak Fazura dalam
filem Manisnya Cinta Di Cappadocia) tak sabar nak tengok kalian esok,"
kata Fazura.
Klik gambar untuk size besar
Bagaimanapun saat ini butiran lanjut mengenai kelahiran bayi sulung
Yusry dan Lisa belum diperolehi. Pasangan ini berkahwin pada Februari
2012.
Dalam masa yang sama, peminat setia selebriti tersebut turut melahirkan
rasa syukur dan gembira selain mendoakan yang terbaik untuknya
sekeluarga.
Tahniah kami ucapkan dan semoga kehadiran cahaya mata baru di dalam
keluarga ini bakal membawa lebih sinar & bahagia kepada pasangan
suami isteri yang sememangnya kelihatan manis sentiasa.
Sumber: BH
______________________________________________________________
sumber
No comments:
Post a Comment