Semalam,
konsert pertama Gegar Vaganza telah berlangsung, tidak dapat kami
nafikan bahawa kesemua otai-otai yang bertanding kali ini memang cukup
power dan membuktikan mereka memang layak untuk bergelar penyanyi
meskipun ada yang sudah beberapa tahun tidak aktif dalam bidang hiburan.
Kata orang suara memang sebijik macam kita dengar di dalam kaset
mahupun di radio.
Walaubagaimanapun, ada sedikit perkara yang mungkin
membangkitkan beberapa kritikan antaranya ialah lawak pengacara Nabil
Ahmad yang dianggap tidak kena dan kurang sensitif.
Pada persembahan Zul Handy Black semalam, Nabil ada
bertanya tentang lukisan yang berada di atas pentas dan beliau telah
menyamakan lukisan tersebut dengan sekumpulan ahli muzik yang cacat
penglihatannya iaitu Caliph Buskers.
Apa pula pendapat anda? Sesuai ke lawak Nabil tu?
Hurmm, pada kami pembukaan Gegar Vaganza pada tahun ini memang terbaik
dan harap ia akan terus menarik perhatian penonton, cuma mungkin Nabil
boleh tapis lawak beliau agar tidak menimbulkan kemarahan mana-mana
pihak.
No comments:
Post a Comment