Latest News

Saya Mengaku Pukul Ika Nabella Tapi Saya Tak Tumbuk – Azma Aizal

Azma bersama Rosyam pada sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai kes pengarah itu bertindak memukul aktres Ika Nabella.
Ingat lagi kisah Ika Nabella yang kena belasah dengan pengarah drama, Azma Aizal Yusoof 2 November lepas? Haaa rasanya semua dah tahu kan cerita tu? Azma kata dia bertindak macam tu sebab nak Ika menjiwai watak yang diberikan tapi dalam masa yang sama juga dia mengaku cara tersebut tak sesuai dilakukan.
Ika Nabella
Ika Nabella
“Ketika penggambaran, saya kurang berpuas hati dengan lakonannya dan sudah banyak kali babak yang dilakonkan dirakam semula. Sehinggakan saya mengambil pendekatan kaedah yang digunakan oleh produksi negara Jepun, memukul Ika bagi mendapatkan lakonan yang baik. Dan saya mengaku bersalah atas tindakan itu kerana mengasari Ika tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak menumbuk Ika seperti laporan yang dikeluarkan di media,” – Azma Aizal Yusoof
Kes ni pun sebenarnya dah settle dengan cara elok selepas Azma didapati bersalah dan dia pun dah dikenakan denda sebanyak RM2,000. Tapi nak dijadikan cerita ada pula mulut-mulut busuk yang kata benda tu berpunca daripada penyakit gangguan bipolar yang dialami sejak tahun 2009. Azma sendiri dah menegaskan penyakit tu tak ada kena mengena dengan isu antara dia dan Ika. So chill lah uolls!
Tahu tak bipolar tu apa?
Gangguan bipolar tu sejenis penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi. Seseorang yang mengalami gangguan ini melalui episod perubahan ragam atau mood yang melampau, daripada perasaan terlalu ghairah atau teruja (mania) kepada terlalu resah gelisah (kemurungan).
Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor juga ada memberitahu yang Azma telah menarik diri sebagai pengarah untuk drama tersebut dan telah digantikan dengaan Aidilfitri Mohamed Yunos. Ika pun tarik diri juga selepas insiden tu dan digantikan oleh Puteri Najwa.
Azma turut ditemani oleh penerbit, Datuk Rosyam Nor.
Azma turut ditemani oleh penerbit, Datuk Rosyam Nor.
Tak apa lah, semua orang buat silap kan? Yang penting Azma pun dah mengaku salah dia dan benda tu juga dah kasi pengajaran untuk Azma. Diharapkan Azma dan Ika boleh bekerjasama balik untuk drama-drama yang akan datang.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.