Latest News

Zila Bakarin bersama anaknya


Sedang media heboh membuat liputan gilang-gemilang atas kelahiran Engku Aleesya (— anak perempuan Erra Fazira & Engku Emran). Ramai yang mungkin terlepas pandang baby kelahiran pasangan Zila Bakarin & Azri Azhar bernama Kaseh yang selamat di’lahirkan pada 17 Mac 2009 atau mungkin memang sengaja dilupakan. Namun begitu, kami sempat mendapatkan gambar Zila Bakarin bersama anaknya yang di’ambil menggunakan kamera handphone dan sedikit kata dua dari Zila Bakarin.

Sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk atau mengidam makanan pelik. Cuma beberapa hari sebelum kelahirannya, saya kurang tidur dan kurang selesa kerana pergerakan Kaseh dalam perut.

Dua hari sebelum itu, pintu rahim saya tak terbuka dan dalam tempoh itu juga saya “turun darah”. Disebabkan doktor risau baby lemas akhirnya saya terpaksa menjalani proses pembedahan. Dia sudah berumur dua bulan pada awal Mei lalu. saya dan suami telah membeli kek dan meraikannya bertiga (sambil tergelak)

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.