Latest News

Khairul Fahmi Che Mat Di Muka Hadapan Majalah URTV Terbaru: Minat Datuk Siti dan Ziana

Khairul Fahmi Che Mat telah muncul di muka hadapan majalah URTV yang terbaru. Majalah ini turut menampilkan Khairul Fahmi atau Apek seperti model dalam pelbagai gaya dan beliau kelihatan segak. Antara yang menarik ialah pengakuan Khairul Fahmi tentang kekasih barunya yang merupakan seorang model (Dalia le tuu), serta Fahmi juga menyatakan yang selebriti kegemaran beliau ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

Walaupun diselubungi kontroversi, rezeki Apek sebagai pemain bolasepak kebangsaan semakin murah apabila menerima habuan sejumlah RM 30,000 atas kejayaan membantu Harimau Muda menewaskan Indonesia bagi meraih pingat emas Sukan SEA 2011 dan bakal mendapat kunci rumah banglo yang dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan kepadanya tidak lama lagi. Apek khabarnya mahu metelakkan nama kedua ibu bapanya sebagai pemilik rumah tersebut yang dianugerahkan atas sumbangannya kepada pasukan bola sepak Kelantan selama ini. Untuk lebih berita, jangan lupa dapatkan URTV keluaran terbaru ini.

P/S: Rindu zaman abang rambut ketak (Nas Terjah) sebagai kolumnis muzik rock kapak di URTV sekitar 90′an.


sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.