Latest News

Diana Amir Diintai Ustaz Dan Sasar Untuk Bergelar Isteri Tahun 2013


Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.

Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.

Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”

Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.

Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.

“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.




sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.