Latest News

Janda Hattan Saman Blogger OhBulan.Com RM1juta


Pemilik blog OhBulan.com bakal dihadapkan satu fail saman oleh bekas isteri penyanyi, Datuk Hattan kerana menerbitkan artikel yang bersifatkan fitnah pada Januari lepas.


Noorfarashikin Othman menfailkan saman ganti rugi RM1 juta kepada OhBulan.com kerana artikel tersebut menyebabkan reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.


Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.


Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.


Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.


Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.


Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.


Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.


Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.


Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. - Bernama





sumber
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.