Latest News

Mana Hilangnya Juwita?

Abang Nara ada satu persoalan untuk anda semua. Kalau anda bijak, sila nyatakan apakah persamaan Erra Fazira, Lisa Surihani dan Umie Aida?

mana hilangnya juwita

Tak tahu? Ok Abang Nara bagilah jawapannya kepada anda. Kesian pulak tengok muka sedih anda semua. Ada 4 jawapan kesemuanya iaitu:-

1. Ketiga-tiganya sudah berkahwin
2. Ketiga-tiganya cun melecun

3. Ketiga-tiganya sangat power berlakon

Dan jawapan keempat yang Abang Nara cari ialah………….(jeng jeng jeng)

mana hilangnya juwita

Ketiga-tiga pelakon ini akan muncul di dalam drama Mana Hilangnya Juwita yang turut menampilkan Zahiril Adzim, Azhan Rani dan ramai lagi. Kalau selama ini kita dihidangkan dengan cerita jiwang karat dan leleh, drama Mana Hilangnya Juwita ini menjanjikan sesuatu yang berbeza. Abang Nara sangat teruja dengan sinopsis drama yang bakal ditayangkan menerusi Astro Ria bermula 9 Julai ini tepat jam 10 malam.

mana hilangnya juwita

Abang Nara pasti semenjak dua menjak ini korang selalu dengar tentang kisah penculikan yang berlaku di negara kita nie kan? Kadang-kadang diculiknya supaya jadi pelacur, jadi peminta sedekah dan macam-macam lagilah. Dan di dalam drama Mana Hilangnya Juwita ini, Lisa Surihani yang berlakon sebagai Anggun datang dari kampung untuk mencari adiknya, Juwita yang telah gagal dihubungi beberapa hari. Sepanjang pencarian tersebut, Anggun bertemu dengan penuh pancaroba yang mampu membawanya ke kancah pelacuran dan dadah sekiranya tersilap langkah. Menarik kan?


Abang Nara dah lama berharap agar drama-drama Malaysia lari daripada tipikal kisah percintaan, kisah orang kaya bercinta dengan orang miskin dan kisah sembang business juta-juta. Akhirnya harapan Abang Nara tercapai jua dengan kemunculan drama Mana Hilangnya Juwita Ini. Tak sabar rasanya nak menunggu 9 Julai ini untuk tayangan episod pertama di Astro Ria jam 10 malam. Confirm meletup dan awesome punyalah!!!



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.