Latest News

Siti Nurhaliza Tampil Buat Persembahan & Kerajaan Kelantan Keluar Amaran


Hujung minggu lalu, Datuk Siti Nurhaliza telah hadir ke Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu dan mengadakan persembahan ringkas.

Kehadiran Siti Nurhaliza ke majlis tersebut dan persembahan beliau telah menyebabkan kerajaan Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap semua pihak.

Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1998 yang telah dikuatkuasakan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata yang mereka di’maklumkan yang program itu bersifat motivasi.

“Namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka,” ujar Datuk Takiyuddin Hassan.

Tindakan itu katanya jelas melanggar undang undang negeri tetapi kali ini pihak penganjur hanya di’kenakan amaran. Majlis yang di’hadiri Siti Nurhaliza itu berjaya menarik 10,000 hadirin & berlangsung di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab . – SH



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.