Latest News

Peminat Kecewa Adi Putra Tiada Dalam Senarai Calon Anugerah Blockbuster Astro

Abang Nara memahami betapa kecewanya peminat-peminat kipas susah nak mati Adi Putra apabila namanya tidak tersenarai langsung di dalam Anugerah Blockbuster Astro. Untuk makluman, penganjuran Anugerah Blockbuster Astro ini adalah untuk kali pertama bermula tahun ini. Adakah Adi Putra tidak tercalon kerana pihak penganjur terlepas pandang?
adi putra anugerah blockbuster
Dan semalam menerusi Twitter, peminat Adi Putra yang dikenali dengan nama 1HotLovers telah melahirkan rasa kekecewaan mereka. Bagi mereka, ini sangat tidak adil lebih-lebih lagi apabila ada pelakon-pelakon yang kurang dikenali turut mendapat pencalonan.
adi putra tidak tercalon
Kalau nak dikatakan tiada kategori yang sesuai untuk Adi Putra, rasa-rasanya kategori Anugerah Watak Penyangak Terhebat memang sesuai untuk Adi Putra. Lakonannya memang sangat menjadi di dalam KL Gangster. Pastinya pihak Astro mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk tidak menyenaraikan Adi Putra. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka.
adi putra
Buat masa ini, sila layari www.anugerahblockbuster.com.my untuk maklumat lanjut dan mengundi pelakon kegemaran anda.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.