Latest News

Maimon Mutalib Derita Diserang Kanser Payudara

Sedih Abang Nara membaca penderitaan Maimon Mutalib atau lebih dikenali dengan nama Kak Mon ini. Berusia 54 tahun, rupa-rupanya sudah setahun Kak Mon berperang dengan penyakit kanser payudara yang menyerang dirinya.
kak mon kanser payudara
Kini kanser payudara tersebut telah pun mencapai tahap ketiga. Kak Mon kini sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Apa yang lebih mengharukan ialah Kak Mon merahsiakan penyakit tersebut untuk mencari rezeki buat 5 orang anaknya selepas kematian suaminya.
Selama ini, Kak Mon tidak pernah hiraukan sakit pening untuk mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Selagi ada peluang berlakon, Kak Mon akan pergi. Tapi bila terlantar di hospital itu tetap memikirkan soal anak-anak terutama yang masih lagi bawah tanggungan Kak Mon. Itu yang membuatkan walaupun berehat di hospital, tekanan darah meningkat.
kak mon kanser payudara
Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. Sakit-sakit pun masih risaukan makan minum anak-anak. Semoga selepas ini Kak Mon dapat berehat dengan sempurna sekaligus mendapatkan rawatan untuk mengubati sakitnya. Sama-samalah kita doakan. Amin ~~

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.