Latest News

Cha Cha Maembong Berhenti Sekolah Untuk Berlakon


Foto : CIPOT REDZ
Bagi remaja yang sudah mencapai umur 13 tahun pasti akan diwajibkan memasuki alam persekolah menengah. Tapi hal itu tidak berlaku kepada salah seorang pelakon ‘Setia Hujung Nyawa’ yang kini sedikit demi sedikit sudah semakin dikenali.

Emma Maembong & Cha Cha Maembong
Cha Cha Maembong yang ditemui baru baru ini di FRIM kepong memaklumkan kepada kami yang dia kini sudah berhenti belajar secara formal. Bagaimanapun Cha Cha tidak mahu memberitahu sebab utama dia tidak lagi ke sekolah kerana menganggap hal tersebut terlalu peribadi buat dirinya.
Jelasnya lagi “Cha tak pernah pergi sekolah menengah seperti mana kebiasaanya macam remaja lain. Sebab apa Cha tak pergi tu tak perlu la Cha nak bagi tahu sebab ianya hal peribadi. Walaupun Cha tak pergi sekolah tapi tetap juga belajar dirumah dengan bimbingan guru yang dilantik. Maknanya Cha juga belajar tapi tidak secara formal seperti mana kebiasaanya.”

Emma Maembong & Cha Cha Maembong
“Bagi Cha, sekarang ni kalau nak sambung belajar tu belum terpikir lagi sama ada mahu sambung balik pelajaran ataupun tidak kerana sekarang Cha yakin dan selesa dengan bidang lakonan yang dah lama diceburi ini. Cuma baru baru ini je selepas drama ‘Setia Hujung Nyawa’ ditayangkan baru Cha rasa sedikit dikenali.”
Jelas Cha Cha juga walaupun dia tidak bersekolah secara formal seperti mana rakan sebayanya yang lain, dia tetap akan mengulangjkaji pelajaranya dirumah jika ada masa kelapangan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.