Latest News

Hanis Zalikha ‘Jagung’ Baru Yang Kekwat!


Foto Oleh : FARISH AYUB / CIPOT REDZ
Banyak kali juga kami mendengar tomahan mengatakan Hanis Zalikha yang dikatakan agak ‘POPULAR’ dikalangan komuniti blogger tempatan sebagai seorang yang agak sombong dan tuduhan seperti itu nampaknya seakan berasas apabila bertambah pula tuduhan yang mengatakan dia sebagai seorang yang kekwat pula terhadap peminatnya walaupun hanya baru berlakon 1 filem.

Hanis Zalikha
Situasi dimana dan bagaimana dia memperlihatkan sikap kekwat & sombongnya itu tidak pula kami selidik dengan mendalam kerana bagi kami hal seperti ini sudah menjadi tabii bagi sesetengah artis baru yang perasan dirinya popular.
Gadis bidang terjun yang terlibat dalam bidang lakonan bersama Syamsul Yusof & Kamal Adli ini sempat kami temui semasa tayangan perdana filem Gangster Celop terbitan kolaborasi diantara Skop Production dan juga Excellent Pictures
Ternyata setiap persoalan yang dituju kepada gadis bandar ini seakan cuba dijawapnya dengan cara ‘play safe’ kerana mungkin takut akan bocor pula masalah mahupun hal yang lain.

Hanis Zalikha
Ujarnya “Saya pernah juga dengar cerita sebegini. Tapi bagi saya mungkin juga faktor muka saya yang sebegini menyebabkan orang anggap saya ni sombong dan saya tahu kadang-kadang muka saya ni agak ‘ketat’ sikit. Jadi apabila sudah berada dalam industri yang memerlukan saya berhadapan dengan orang ramai saya akan cuba kawalnya sebaik yang mungkin agar tidak disalah anggap lagi macam sebelum ini.”
“Saya terima segala kritikan terhadap diri saya begitu juga dalam filem terbaru yang saya lakonkan ini. Lagipun saya berlakon kerana cabaran orang ramai yang mengatakan saya tidak boleh berlakon dan kaku apabila beraksi di hadapan kamera.”
Apabila bertanyakan tentang hal popularitinya di komuniti blogger tempatan Hanis Zalikha sekali lagi cuba bermain wayang apabila cuba merendah diri dengan mengakui dirinya tidaklah popular seperti yang dihebahkan oleh kebanyakkan orang ramai. Bagaimanapun teringat akan satu petikan beberapa baris ayat dari surat khabar yang dikeluarkan sendiri beliau,
“Saya dah popular menerusi dunia blog dan orang ramai kenal saya dengan itu. Jadi bila tiba-tiba saya berlakon dan mungkin lakonan saya tak capai jangkaan mereka, maka kritikanlah yang saya kena hadapi.”

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.