Mengecapi populariti secara mendadak mungkin boleh mendatangkan kebaikan bahkan keburukan juga kepada seseorang. Hal itu amat di fahami bagi pelakon yang semakin dikenali menerusi drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen.
Mesra di sapa Nelydia, gadis berusia 19 tahun itu akur bahawa populariti yang dikecapinya kini kadangkala boleh membawa bencana kepada dirinya jika tidak diuruskan dengan baik.
“Saya bersyukur dengan apa yang telah saya perolehi pada ketika ini. Siapa sangka dengan sebuah drama tiba-tiba saya menjadi perhatian ramai. Saya maklum akan populariti yang diraih pada masa ini adakalanya akan membinasakan saya kalau saya leka dengan dunia sebegini.”
“Tapi saya tak risau diri saya ini akan terpesong dari kehidupan seharian yang biasa saya harungi. Saya yakin saya mampu membawa diri dengan keadaan sebegini. Apa yang penting jadi diri sendiri.” Ujar Nelydia
Ditanya pula tentang kontroversi diantara dia dan Qi pada ketika ini pula, Nelydia tenang menjawab yang hal sebegitu tidak akan menjejaskan kehidupan seharianya.
“Bagi saya apa jua hal yang melibatkan gosip semua ni saya akan hadapi dengan ‘rileks’ je. Benda macam ni perkara biasa untuk yang bergelar artis. Saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja yang buat saya rasa selesa dan setakat ni saya tak pula membataskan dengan siapa saya nak berkawan.” Kata Gadis Kacukan Siam dan Kelantan ini.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment