Latest News

Keith Foo Dan Hanis Zalikha Kini Artis Naungan Astro


Memang murah betul rezeki pendatang baru dunia hiburan Malaysia, Keith Foo dan Hanis Zalikha ini. Abang Nara pernah bertemu Keith Foo satu ketika dahulu dan orangnya memang sangat “down to earth“. 10 tahun mencari rezeki di Indonesia kini Keith Foo pulang ke Malaysia dan kini ialah artis naungan Astro.
keith foo

Kini nama Keith Foo semakin popular dan mula dikenali ramai. Lakonannya memang hebat ditambah pula dengan wajah tampan. Memang lengkap pakej. Semoga kerjaya Keith akan lebih berkembang selepas ini. Mana tahu satu hari nanti akan jadi hero drama-drama dan filem-filem besar di Malaysia.
keith foo
Sementara itu Hanis Zalikha yang mula mencipta nama menerusi drama Memberku Hawa turut sama dilantik menjadi artis naungan Astro. Hanis bukan sahaja boleh berlakon tetapi turut mampu mengacara dan ini dibuktikan menerusi program Mad Markets yang diterbitkan di TV9 tahun lepas.
keith foo
Semoga kerjaya Keith Foo dan Hanis Zalikha akan terus berkembang di bawah jagaan dan didikan Astro. Teruskan menimba ilmu sebanyak mungkin. Teruskan bersikap rendah diri seperti sekarang. Good luck and all the best untuk anda berdua. Kredit gambar MalaysianDigest.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.