Latest News

Tiada Sengketa Antara Awie Dan Erra


Nama Awie dan Erra satu ketika dahulu memang cukup hangat. Hero dan heroin di dalam filem, mereka berdua turut bercinta di dalam kehidupan nyata. Namun sudah tertulis bukan jodoh masing-masing, kini mereka berdua hidup bahagia di samping keluarga tercinta.
awie dan erra
Selepas 5 tahun tidak bertentang mata, akhirnya Awie dan Erra ditemukan semula menerusi rancangan Tunggu Sekejap kendalian Awie sendiri. Erra mengakui yang dir gementar ketika melangkah masuk untuk ditemubual oleh Awie. Kata Erra menerusi Kosmo Ahad:-
Mula-mula hendak melangkah masuk menjadi tetamu Awie, perasaan gemuruh dan berdebar itu memang terasa. Saya terfikir anggapan orang luar terhadap kami. Anggapan itu sebenarnya yang merosakkan keadaan. Sebelum ini, saya dan Awie sendiri pernah bekerjasama dalam filem Cuci. Akhirnya, ini satu kolaborasi yang menyeronokkan
awie dan erra
Dan Abang Nara kagum dengan keprofesionalan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini. Inilah sikap yang harus dicontohi. Kisah lama jangan diungkit. Buka buku baru. Respek Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Awie ini:-
Saya juga mengembangkan karier dan syukurlah kami masih diberi peluang. Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu. Ini terbaik untuk kami. Masing-masing sudah berkeluarga, ada karier dan kehidupan sendiri. Benda sudah baik dan tak perlu lagi hendak keruhkan keadaan. Jika ada lagi peluang untuk bekerjasama, saya okey.
Semoga hubungan baik antara Awie dan Erra ini akan terus berkekalan. Dengar khabarnya, selepas ini Awie pula akan menjadi tetamu Erra di dalam rancangan Primadona. Baguslah begitu. Masing-masing tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri. Lagipun dunia hiburan ini kecil sahaja. Nak gaduh dan bermasam muka pun tak ada faedahnya. Tak gitu?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.