Latest News

(GOSIP)Wajah Wan Sakinah Yang Dikatakan Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim?


Beberapa hari ini agak kecoh juga di laman Internet apabila timbul desas desus yang pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim akan berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah.
Kami telah menerima kiriman e-mel dari pembaca BeautifulNara.com yang enggan dikenali mendakwa gambar-gambar yang dikepilkan olehnya ialah Wan Sakinah yang dikatakan akan berkahwin dengan Ashraf dengan kebenaran isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.

Menurut penghantar e-mel, Wan Sakinah ialah seorang krew produksi di sebuah stesen televisyen swasta untuk sebuah rancangan bual bicara yang popular di Malaysia.
Kebenaran dakwaan ini tidak dapat dipastikan, namun sekiranya benar dan dan ada kebenaran dari isteri pertama apa salahnya bukan. Kalau tak silap, pernikahan Asyraf dan Noor Dayana berlangsung pada Ogos 2011 dan sudah setahun  setengah mereka melayari bahtera perkahwinan.
Sementara itu melalui laman Twitternya, Ashraf telah memberi reaksi mengenai laporan akhbar Harian Metro mengandungi kenyataan dari Wan Sakinah:
Salam semua. Luahan hati. Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah demi kepentingan masing-masing. Ingat kita ada Allah.
Makin banyak fitnah dilemparkan yg direka-reka oleh wartawan Harian Metro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah.
Tidak dapat dipastikan apa maksud sebenar Ashraf Muslim mengenai ‘fitnah’ yang didakwanya. Apa pun mari kita doakan semoga penyelesaian terbaik akan dicapai oleh pihak-pihak terlibat.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.