Latest News

Kulit Terlampau Putih, Adira Nafi Ambil Suntikan Atau Pil


Tidak dinafikan kulit Adira semenjak dua menjak ini memang melampau putihnya. Sekali tengok, macam orang sakit pun ada juga. Malah banyak peminat Adira yang melahirkan rasa bimbang kerana risau Adira mengalami kesan sampingan daripada pemakanan ubat-ubatan.
adira putih sangat

Namun berkata kepada Mstar Online, Adira menafikan yang dirinya mengambil suntikan atau ubat. Menurut Adira, kulitnya memang semulajadi putih. Kata Adira:-
Saya memang dilahirkan dengan kulit yang putih dan ingin ditekankan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang teknik suntikan atau memakan pil untuk mendapatkan kulit putih dan gebu. Dulu nampak gelap sikit mungkin sebab cuaca di Ranau panas dan apabila ke Kuala Lumpur ia tidak seteruk di sana tambahan pula apabila menjadi artis saya lebih bijak menjaga penampilan diri,
adira putih sangatNamun Adira mengakui yang dia menggunakan sejenis krim yang bertindak untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kata Adira:-
Benar saya gunakan krim tetapi ia krim biasa sahaja dan saya yakin orang lain juga ada menggunakannya. Saya tidak lihat ada apa-apa isu sekiranya saya ingin menggunakan krim tersebut bagi menjaga kesihatan kulit saya
Memang Abang Nara selalu dengar bahawa kulit orang Sabah memang cantik-cantik, licin-licin dan putih. Namun tak sangkalah seputih Adira ini. Memang boleh bikin cemburu dibuatnya. Apa pun, biarlah putih mana pun asalkan Adira sihat sejahtera tanpa sebarang penyakit.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Click HERE

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Template images by Bim. Powered by Blogger.