Latest News

Percintaan Nabila Huda Tiada Kaitan Dengan Saya – Amy Search

Selaku seorang ayah kepada pelakon popular Nabila Huda, sudah tentu sedikit sebanyak merasai tekanan apabila kisah cinta anaknya itu seringkali mendapat tumpuan masyarakat. Terbaru dikatakan hubungan Nabila Huda dan Nas-T sudah pun berakhir. Ada desas-desus mengatakan Amy Search adalah punca keretakan perhubungan mereka.
amy search

Namun begitu, ditemui oleh portal Murai, Amy Search menafikan yang dirinya menjadi penghalang percintaan anaknya. Kata Amy:-
Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri. Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya. Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya
nabila huda

Hmmmm. Nampak gayanya permasalahan yang timbul dalam hubungan Nabila Huda dan Nas-T berpunca daripada diri masing-masing. Semenjak dua ini memang jarang Nabila berkongsi gambar mesranya bersama Nas-T. Adakah hubungan mereka memang sudah pecah berderai? Hanya Nabila yang tahu. Sama-samalah kita nantikan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.