Latest News

Ashraf Muslim Enggan Bercerita Mengenai Kontroversi Perkahwinannya

Pada pandangan Abang Nara, langkah berdiam diri adalah satu tindakan bijak yang diambil oleh Ashraf Muslim. Secara jujur, sejak kontroversi perkahwinan keduannya, imej bersih Ashraf Muslim telah pun tercemar di mata orang ramai. Walaupun poligami dibenarkan, cara ia dilakukan oleh Ashraf mengundang rasa sinis daripada orang ramai.
ashraf muslim
Diminta memberikan komen oleh pihak Sinar Harian mengenai kontroversi tersebut, Ashraf Muslim berkata:-
Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita mengenai isu ini kerana ia bersifat peribadi. Saya tidak akan menceritakan kisah keluarga saya kepada mana-mana pihak. Lebih baik saya berdiam diri kerana kalau saya bercerita perkara sebenarnya pun, akan disalah ertikan.
ashraf muslim
Malah Ashraf sempat berpesan agar mengurangkan cerita sebegini terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini:-
Sepatutnya di bulan yang baik ini, elok kalau kita kurangkan cerita perkara seperti ini kerana ia boleh kurangkan pahala. Akan tetapi kalau ia berkaitan dengan kerjaya saya, insya-Allah saya akan beri kerjasama dengan media. Namun, kalau ia berkaitan peribadi, saya tidak akan bercerita. Saya harap media dapat memahami situasi saya. Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah dan seharusnya kita tidak perlu jaga urusan orang

Nak buat macam mana. Selaku seorang selebriti, pastinya kisah hidup Ashraf Muslim akan menjadi bualan ramai. Lebih-lebih apabila kisah tersebut adalah isu poligami yang dekat dengan masyarakat kita. Semoga apa yang terjadi kepada Ashraf boleh dijadikan pengajaran buat semua terutama kepada suami-suami yang ada memasang niat untuk berkahwin satu lagi. Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.