Latest News

David Teo Mahu Bersemuka Dengan Hans Isaac

David Teo baru baru ini dikecam oleh ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan yang menyindir filem Lemak kampung Santan arahan Hans Isaac apabila filem itu dikatakan tidak mendapat sambutan penonton berbanding filem Adnan Sempit 3 yang ditayangkan pada masa yang sama.

David Teo
Hal ini lantas nampak berlarutan apabila Hans Isaac pula membalas kenyataan tersebut apabila mendakwa David Teo dilihat tidak bersikap profesional.
Terbaru melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak David Teo menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat memperkecilkan mana-mana filem tempatan terutamanya Lemak kampung Santan.
Ujarnya “Pagi ini, saya dikejutkan dengan laporan di akhbar yang menyatakan Saudara Hans Isaac tidak berpuas hati dengan saya kerana menurutnya saya telah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa Adnan Sempit 3 telah mengenepikan filem Lemak Kampung Santan”
“Masakan saya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang merendahkan filem Lemak Kampung Santan. Tambahan pula Hans Isaac sendiri orang lama dalam industri dan juga merupakan kawan baik saya.”

Jelas David Teo, dia hanya mengetahui kutipan Adnan Sempit 3 yang kini sudah mencecah RM2.6 juta setelah seminggu dipawagam hanya melalui pegawainya di MIG kerana bercuti bersama keluarga di Taiwan sejak 10 Ogos lalu.

“Apabila kembali ke Malaysia nanti saya sendiri akan menghubungi Hans Isaac untuk memastikan hubungan baik yang terjalin selama ini akan terus berkekalan. Semoga filem Lemak Kampung Santan, Adnan Sempit 3 dan semua filem Malaysia terus mendapat sokongan padu peminat filem tempatan.” Tambah David Teo
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.