Latest News

Kakak Saya Tak Syok Sendiri – Anzalna Nasir

Ingat lagi dengan artikel Shah Iskandar yang menganggap Diana Nasir (kakak Anzalna) hanya sebagai kawan biasa sahaja? Banyak pembaca BeautifulNara yang menyatakan Diana Nasir syok sendiri dan hanya bertepuk sebelah tangan. Sikap Diana Nasir yang berdiam diri selepas Shah Iskandar mengeluarkan kenyataan tersebut sedikit sebanyak seolah-olah mengiyakan tanggapan orang ramai.
diana nasir
Namun menerusi portal Astro Gempak, adik kepada Diana, Anzalna tampil memaklumkan yang kakaknya bukanlah syok sendiri seperti yang kita sangka. Anzalna siap dah baca beberapa SMS antara kakaknya dan Shah Iskandar yang menunjukkan seolah-olah mereka berdua bercinta. Kata Anzalna:-
Saya dah baca beberapa SMS daripada Shah kepada Diana dan daripada pandangan mata kasar saya, perbualan mereka itu menampakkan seperti mereka pasangan yang sedang hangat bercinta.
Tetapi entahlah, bila pihak yang sebelah sana bermati-matian menafikan, Diana pula berdiam diri…Itu menampakkan seperti kakak saya yang melebih-lebih.
Kakak saya tidak akan sesekali memberi gelaran “baby” atau apa-apa gelaran istimewa kepada Shah atau mana-mana lelaki jika mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.
Kalau anda sendiri yang membaca SMS itu anda akan tahu yang kakak saya, Diana bukanlah syok sendiri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
anzalna
Yeah ~~ Apabila adik sudah bersuara untuk “backup” si kakak, inilah yang kita mahukan. Mesti Anzalna sedikit sebanyak bengang juga kerana kakaknya dianggap orang ramai seperti terhegeh-hegeh kemarukkan cinta Shah Iskandar. Tambah Anzalna lagi, dia percaya kebenaran akan terbukti jua kelak.
Saya tak rela kakak saya dipermainkan begini dan dipandang serong oleh peminat…Tapi tak mengapa, lambat laun perkara sebenar akan terdedah jua.
Saya tidak akan menyimpan dendam terhadap dia (Shah)…Cuma saya kesal, kenapa dia keluarkan kenyataan sedemikian…Apa motif sebenar dia…? Saya betul-betul sedih bila dia buat kenyataan macam tu
Abang Nara rasa si Shah Iskandar mungkin sengaja buat ayat kawan biasa untuk “coverline” percintaannya dengan Diana Nasir. Biasalah saham tengah naik. Kalau tiba-tiba status bertukar jadi “in a relationship”, takut peminat lari pulak. Harap-harap Shah dan Diana dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Jangan tak pasal-pasal clash pulak. Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.