Latest News

Saiful Apek Bebas Kali Kedua, Dakwa Diri Dianiaya Oleh Pihak Yang Dengki

Buat kali kedua, Saiful Apek dibebaskan daripada tuduhan memasukkan ganja ke dalam badan. Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Sebelum ini, Saiful Apek telah dibebaskan buat kali pertama pada 25 Jun yang lalu.
saiful apek
Saiful Apek juga mendakwa dirinya dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya sebagai artis. Kata Saiful Apek:-
“Saya juga menyatakan bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah terutamanya yang membabitkan sebarang penggunaan dadah terlarang. Saya percaya telah dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis
apek
Ada logiknya juga dakwaan Saiful Apek itu. Orang kalau dah dengki, buat apa pun sanggup. Diharap dengan pembebasan kali kedua ini, tiada lagi kelibat Saiful Apek naik turun mahkamah. Semoga Apek selepas ini tenang menjalani kehidupan dan lebih mudah meneruskan kerjayanya sebagai artis.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.