Latest News

Saya Memang Kenal Wanita Itu – Aidil Zafuan

6 Oktober lalu, di KLIA, seorang peminat telah melihat seorang wanita sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil Zafuan dan mereka dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan ‘kekasih’. Terus timbul persoalan sama ada Aidil sudah pun menemui pengganti bekas isterinya, Rita Rudaini.
aidil zafuan
Walaupun menafikan wanita tersebut adalah kekasihnya, Aidil Zafuan membuat pengakuan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sudah lama berkawan dengan wanita itu. Kata Aidil:-
Saya memang kenal wanita itu! Pada masa itu, saya baru sahaja tiba dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.
Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali. Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan wanita berkenaan untuk menghantarnya (barang tertinggal) memandangkan dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan
aidil
Biasalah pemain bola sehebat dan sekacak Aidil pastinya mempunyai banyak rakan yang terdiri daripada wanita. Lagipun Aidil sekarang sudah single. Bolehlah nak berkawan dengan sesiapa pun. Kalau dah jumpa pengganti pun apa salahnya. Bolehlah cepat-cepat mendirikan masjid sekali lagi. Yang penting tanggungjawab kepada anak-anak tidak dilupakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.