Latest News

Amyza Aznan Mengamuk Dikatakan Gugur Kerana Karma

Hati ibu mana yang tidak kecewa apabila bayi yang dikandung disahkan gugur oleh doktor. Itulah yang terjadi kepada Amyza Aznan Jumaat lalu apabila bayi keempatnya gugur setelah 2 bulan dalam kandungan. Kesedihan itu pastinya bertambah apabila ada pihak menuduh keguguran itu adalah karma buat Amyza.
amyza
Tuduhan yang dilakukan menerusi sebuah forum terkemuka telah menimbulkan kemarahan yang amat kepada Amyza Aznan. Kalau Abang Nara pun mesti panas hati. Menurut si penuduh, keguguran itu terjadi kerana tindakan Amyza yang pernah memijak perut seorang ibu yang hamil. Abang Nara tak tahu benar atau tidak tuduhan tersebut.Yang nyata, Amyza mengamuk di Twitter angkara kata-kata yang dilemparkan.
amyza
Secara ikhlas, setahu Abang Nara dalam agama Islam tidak ada istilah karma. Hanya ada qada dan qadar. Marilah kita berfikir secara logik. Ambil contoh pembunuhan yang terjadi kepada pegawai bank Ambank baru-baru ini. Kalau nak ikutkan hukum karma, si pegawai bank sepatutnya telah menembak orang lain dulu sebelum dirinya ditembak. Itu baru betul hukum karma. Tak gitu?
amyza
Semoga Amyza Aznan tabah dengan dugaan ini. Jangan dilayan sangat orang yang sengaja nak menimbulkan kemarahan kita. Mungkin dia jeles Amyza badan macam anak dara walaupun sudah anak tiga. Itu yang buat tuduhan mengarut tak ingat. Lagipun orang macam ini lagi dilayan lagi seronok mereka. Jadi buat tak tahu adalah langkah yang terbaik. Apa pendapat anda?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.