Latest News

Fizz Fairuz Masuk Merisik Almy Nadia Minggu Hadapan

Akhirnya Fizz Fairuz mengambil langkah pertama untuk mendirikan rumah tangga bersama Almy Nadia. Minggu hadapan Fizz akan ke rumah Almy di Balik Pulau, Pulau Pinang untuk merisik. Keluarga Almy pun sudah bersiap sedia untuk menerima rombongan keluarga Fizz. Tahniah diucapkan!!!
fizz fairuz
Namun begitu tarikh sebenar majlis merisik akan berlangsung hanya diketahui oleh Fizz. Kata Almy Nadia kepada Mstar Online:-
Keluarga akan terima Fizz… mereka tak ada masalah dalam hal itu. Insya-Allah, majlis merisik ini akan diadakan pada minggu hadapan. Tarikhnya… biarlah Fizz sendiri yang beritahu. Biar keluar daripada mulutnya
almy dan fizz
Takut dengan kontroversi yang pernah melanda Fizz Fairuz sebelum ini, Almy Nadia menyatakan hasratnya untuk tidak bertunang. Tambah Almy lagi:-
Kalau boleh kami tak mahu bertunang walaupun orang Melayu menganggap pertunangan itu sebagai adat yang perlu diikuti. Peristiwa yang lepas sebenarnya menjadi pengajaran. Almy takut sangat benda-benda macam tu.
Tak bertunang pun tak apa. Yang penting jarak antara merisik dan nikah tidak terlalu jauh. Kalau sampai setahun dua, baiklah bertunang dahulu. Namun kalau tak silap Almy dan Fizz merancang untuk bernikah awal tahun 2014. Semoga segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.