Latest News

Kahwin Awal, Bukan Kerana Bront – Cristina Suzanne

Secara kebetulan pula rasanya apabila sebaik sahaja Bront Palarae kantoi kahwin secara senyap tidak lama lepas itu Cristina Suzanne pula dikhabarkan telah bertunang.

Cristina Suzanne
Ramai yang mendakwa keputusan secara mengejut yang dibuat Cristina Suzanne ini adalah kerana rasa kecewa apabila mendapat tahu Bront Palarae yang pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta denganya tidak lama dulu sudah berkahwin. Benarkah begitu?
Cristina yang kami temui di Shah Alam baru baru ini sebaliknya menafikan akan kebenaran perkara tersebut sambil menganggap ianya cerita karut
“Tidak benar kalau ada yang mengatakan saya sudah bertunang pada waktu ini akibat rasa kecewa dengan Bront yang sudah pun berahwin. Sebaliknya saya bertunang atas kehendak sendiri dimana tunang saya ini saya kenal sejak kecil lagi dan juga merupakan pilihan keluarga”

Cristina Suzanne
“Jadi diharap jangan ada yang mengaitkan pertunangan saya ini kerana rasa kecewa dengan sesiapa. Lagipun saya tahu Bront dah lama ada kekasih.”
Ujar Cristina lagi walaupun tunangnya itu adalah pilihan keluarganya namun dia tetap bersyukur dengan jodoh yang sudah dimilikinya kerana menganggap bakal suaminya itu adalah seorang yang sangat memahami dirinya.
“Saya tidak kisah jodoh saya ditentukan oleh keluarga kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk saya. Lagipun mereka makan garam dulu. Insyallah kami akan bernikah pada hari kelahiran saya iaitu pada 22 Jan 2014. Apa yang saya harapkan peminat doakan yang terbaik untuk saya”
Menurut Cristina lagi 22 Jan 2014 dipilih sebagai hari bersejarah dalam hidupnya kerana sewaktu mereka bertunang ianya merupakan tarikh kelahiran bakal suaminya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.