Latest News

Sebagai Lelaki Matang, Saya Tak Kisah Mengalah – Shah Iskandar

Memang macho. Shah Iskandar memang kacak bukan dari segi rupa sahaja. Bukan senang untuk menurunkan ego dan mengalah buat seorang lelaki, namun Shah Iskandar ternyata matangmenghadapi kontroversi dirinya bersama Diana Nasir baru-baru ini. Lu memang sempoi bro!!!
shah iskandarBagi Abang Nara langkah mengalah yang diambil oleh Shah Iskandar ini bukannya tanda dia salah. Namun lebih kepada tidak mahu memanjangkan cerita. Kata Shah Iskandar kepada Harian Metro:-
Saya tak nak gaduh-gaduh atau mengeruhkan lagi keadaan. Tak ada gunanya saya beria-ia hendak membuktikan apa-apa walaupun saya juga ada fakta sendiri yang boleh ditunjukkan. Cukuplah apa yang sudah didedahkan. Sebagai lelaki matang, saya tidak kisah untuk mengalah dalam hal ini
shahLagi macho apabila Shah Iskandar menyalahkan dirinya sendiri atas kontroversi yang berlaku. Memang gentleman habis dah ini. Tambah Shah lagi:-
Benda ini terlalu remeh dan tak sangka pun akan jadi kecoh begini. Ia patut diselesaikan antara kami berdua saja. Tapi saya tak salahkan sesiapa melainkan diri saya sendiri atas apa yang berlaku.
Prinsip saya mudah, apa juga berlaku baik atau buruk dalam hidup ini saya ambil sebagai pengajaran. Saya kena lebih hati-hati dalam berkawan selepas ini. Kalau mereka nak bersemuka pun biarlah secara tertutup tanpa membabitkan media atau orang lain sebab benda remeh-temeh begini memalukan saja nak kecoh-kecoh,
shah iskandar

Semoga dengan penjelasan Shah Iskandar, kontroversi ini akan tamat di sini. Apa pun Abang Nara respek dengan Shah Iskandar yang memang jelas menunjukkan kematangannya dalam menangani isu ini. Untunglah gadis yang berjaya memikat hati Shah suatu hari nanti. Dah lah kacak, matang pula tue. Memang terbaik!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.