Latest News

Emma Maembong Rugi RM5,000 Jadi Mangsa Penyeluk Saku

Abang Nara teringat kejadian yang menimpa diri ini ketika menaiki LRT di Masjid Jamek. Ketika itu orang memang ramai, penuh sesak. Seperti biasa Abang Nara letakkan dompet di saku belakang. Selepas berhimpit-himpit hendak masuk ke dalam LRT, Abang Nara baru sedar yang dompet sudah pun hilang. Hebat dan cekap sungguh kerja si penyeluk saku. Abang Nara tak sedar langsung apa yang terjadi.
emma maembong diseluk saku
Rasanya perkara yang lebih kurang serupa terjadi kepada Emma Maembong ketika membelek-belek pakaian di sebuah kedai di Lot 10. Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam. Bahu Emma Maembong telah dilanggar oleh seorang lelaki yang kemudiannya terus meluru keluar. Cerita Emma Maembong:-
Saya tidak dapat mengecamnya kerana kejadian berlaku begitu pantas. Tidak lama kemudian saya dapati beg duit dan telefon bimbit jenis iPhone yang disimpan di dalam poket baju lesap.
Di dalam beg itu mengandungi wang RM2,000, kad kredit dan MyKad saya. Selepas kejadian ini, saya akan lebih berhati-hati.
emma maembong
Nasihat Abang Nara kepada pembaca BeautifulNara, elakkan pergi ke kawasan-kawasan yang dipenuhi orang asing seperti Bukit Bintang. Mereka ini memang ada sindiket melakukan perkara sebegini. Lagi satu janganlah keluar rumah ketika Hari Krismas, Tahun Baru atau hari-hari perayaan yang lain. Keadaan sesak sebegitu memang mengundang jenayah sebegini. Lebih baik duduk di rumah berehat sahaja.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.