Latest News

Mawi & Ekin Turun Bantu Golongan Gelendangan

Alhamdulillah. Makin ramai golongan selebriti yang mula membuat kebajikan tanpa mengira tempat, masa dan siapa. Selain daripada Datuk Siti Nurhaliza, baru-baru ini Mawi dan Ekin juga telah membantu golongan gelandangan di sekitar Chow Kit, Jalan Sultan dan Jalan Petaling. Gembira Abang Nara melihat inisatif daripada pasangan suami isteri ini.
mawi dan ekin
Walaupun ada pihak yang menyalahertikan usaha murni pasangan ini dengan mempersoalkan keikhlasan mereka, bagi Abang Nara tiada masalah pun untuk Mawi dan Ekin berkongi gambar-gambar usaha murni mereka. Mana tahu dengan perkongsian sebegini, lebih ramai orang akan sedar dan mencontohi tindakan mereka.
mawi dan ekin
Bukannya tugas kita untuk mempertikaikan keikhlasan Mawi dan Ekin. Sekurang-kurangnya mereka ada melakukan sesuatu yang dapat membantu golongan gelandangan. Daripada kita duduk mengomen dan mengkritik yang bukan-bukan, lebih baik kita turut mengikut insiatif yang dilakukan oleh pasangan ini.
mawi dan ekin
Kepada Mawi dan Ekin, teruskan usaha anda. Jangan peduli kata-kata orang. Kalau boleh lepas ini buat dengan skala yang lebih besar lagi. Tahniah Mawi dan Ekin.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.