Latest News

Tidak Pernah Ada Perasaan Cinta Terhadap Johan – Shila Amzah

Hmmmmmm. Macam tak logik pun ada juga kenyataan Shila Amzah ini. Namun itulah yang ditulis oleh tuan punya badan menerusi kolum “Tinta Shila Amzah” di Harian Metro semalam. Shila sendiri membuat kenyataan bahawa dirinya tidak pernah ada perasaan cinta terhadap Johan As’ari. Sebaliknya mereka berdua hanyalah sahabat semata-mata.
shila dan johan
Adakah ini satu coverline yang cuba dilakukan oleh Shila? Iyerlah rasanya hari itu semua orang boleh baca luahan kata-kata kecewa Shila di akaun sosial miliknya. Tup-tup kata tak pernah ada rasa cinta. Pelik jugak kan? Antara kata-kata yang diluahkan oleh Shila semalam ialah:-
Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Shila tidak mahu membuka pekung sesiapa memandangkan ada yang menyifatkan Shila kebudak-budakan kerana memadam gambar Johan di laman Instagram Shila. Hakikatnya, Shila ada sebab tersendiri berbuat demikian.
Sejurus selepas Shila mendapat tahu mengenai perkara ini (Johan melamar Lana Nordin) melalui teman baik, Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.
Lagi pula, sebagai seorang ‘sahabat’, Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila yang lain. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai.
shila amzahAlasan yang diberikan oleh Shila Amzah untuk perbuatannya itu memang masuk akal jugak. Kalau Lana Nordin tertengok gambar-gambar Johan dan Shila sebelum ini, memang boleh bikin cemburu. Pandai juga Shila ini menjaga hati orang lain. Terang Shila lagi:-
Namun begitu, Shila tidak marah atau me­nyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat ‘loudspeaker’ ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesua­tu pada orang lain.
Pada Shila, itu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak patut untuk seorang yang bernama sahabat melakukan sedemikian. Tambahan pula, Shila meminta kerjasama daripada pihak media khususnya blogger untuk tidak lagi mengait­kan nama Shila untuk apa-apa artikel yang mendatang.
Shila cukup kesal dengan mereka yang sering me­ngaitkan Shila dengan isu sekarang dan yang terdahulu. Tak payahlah nak keluar kenyataan bagi ‘amaran’. Amaran itu ada elemen ugutan. Matanglah sikit. Tak bagus. Sudah-sudah la tu. Shila yakin anda faham bukan?
shila dan johan
Hmmmmm… Diharap dengan penerangan ini, maka jelas dan teranglah apa sebenarnya hubungan Shila dan Johan selama ini. Marilah kita bersama-sama menghormati permintaan Shila dan tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan. Mereka berdua hanya “sahabat” selama ini. Abang Nara pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu dengan seseorang yang akan menjadi lebih daripada “sahabat” buat dirinya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.