Latest News

Emma Maembong Tak Kisah Kahwin Dengan Zizan Razak Di Usia Muda

Fuhhh~~ Untunglah Zizan Razak. Kekasih hatinya si Emma Maembong yang baru berusia 22 tahun sudah pun memberikan “green light” untuk berkahwin pada bila-bila masa sahaja. Kalau Abang Nara jadi Zizan, esok masuk meminang, lusa terus kahwin. Awek yang secun Emma Maembong mana boleh simpan lama-lama. Hehehe.
emma maembong
Walaupun menyatakan kesediaannya untuk bergelar isteri kepada Zizan, Emma memaklumkan yang belum ada tarikh yang telah dipersetujui untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Untuk makluman, baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa Zizan dan Emma bakal bernikah selewat-lewatnya Januari tahun depan. Kata Emma menerusi Kosmo:-
Saya sudah bersedia berkahwin pada usia sekarang kalau sudah sampai jodoh dan waktunya. Keluarga Zizan belum datang berjumpa saya lagi, mustahil sudah ada tarikh kahwin. Jika sudah ditetapkan nanti, kami akan adakan sidang akhbar.
zizan dan emma
Bab duit rasanya memang dah cukup kot untuk Zizan dan Emma berkahwin. Sekarang ini tibalah masa untuk mendapatkan restu keluarga. Tak sabar pula rasanya nak tengok majlis perkahwinan mereka berdua. Confirm meriah dan gempak gila. Sama-samalah kita nantikan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.