Latest News

Shahir Akui Sedang Berkawan Dengan Erra Fazira

Terkejut beruk juga apabila Abang Nara membaca desas-desus hubungan antara Shahir AF dan Erra Fazira yang dikeluarkan di BiPop semalam. Kalau tak silap Abang Nara, dulu Shahir pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan Rozita Che Wan. Mungkin “taste” Shahir lebih kepada wanita berumur. Tak salah kerana setiap orang mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Yang penting keserasian. Tak gitu?
shahir erra
Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Shahir dan Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Ditemui oleh portal Murai, Shahir mengakui sedang mengenali Erra Fazira. Kata Shahir:-
Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut
shahir erra
Sementara itu Erra Fazira pula enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus ini dan mengambil langkah berdiam diri. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Kadangkala bukan betul pun khabar angin sebegini. Cuma mungkin ada pihak yang mahu meng”kenen”kan Shahir dan Erra. Siapa tahu menjadi pulak. Apa pendapat anda? Sesuai ke Erra dan Shahir?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.