Latest News

Artis Tidak Perlukan Kontroversi Untuk Berjaya - Zara Zya

Agak pedas sindiran Zara Zyra namun apa yang dikatanya memang benar. Kemenangannya dalam ABPBH tanpa kontroversi menunjukkan seseorang artis itu tidak perlu bergantung pada kontroversi murahan untuk berjaya.

Tambahan bila ianya boleh menjejaskan kerjaya mereka. Ini terbukti apabila sepanjang penglibatan seni Zara Zya, beliau telah mendapat tempat di kalangan peminat tanah air dengan kehadirannya dalam beberapa siri drama yang dilakonkannya sebelum ini tanpa gosip yang bukan-bukan.

“Artis tak perlu ada kontroversi sekiranya mahu dikenali kerana bagi saya dia perlu berusaha untuk membuktikan bahawa hasil kerjanya itu layak untuk diterima peminat dan ikhlas dalam segala kerja yang diberikan padanya,” katanya ditemui selepas selesai acara ABPBH 2013.


“Sekarang ini peminat peminat sudah pandai menilai dan memberikan komen mereka terhadap lakonan kita dan sekiranya berkualiti mereka akan memuji dan sebaliknya. Lagipun kontroversi yang tidak baik tidak sihat untuk kerjaya kita malah boleh menjejaskan imej dan keluarga. Lebih baik fokus kerja dan memberikan nilai yang elok buat peminat, “ujarnya ramah.
“Saya lebih selesa menjadi diri sendiri oleh kerana saya jenis yang simple suka pakai selipar dan juga kurang bersosial. Disebabkan itulah saya tidak mempunyai cerita,” katanya lagi.
Gadis ini juga bersyukur atas segala sokongan yang diberi oleh peminat dan penyokong setianya.
“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya merangkul gelaran Artis Baru Wanita Popular dan bersyukur sekali kerana peminat banyak menyokong dan mengundi saya untuk anugerah kali ini dan selepas saya akan mengadakan sedikit jamuan meraikan kejayaan ini bersama-sama dengan kelab peminat saya,” tambahnya lagi yang berbunyi gembira.
Tahniah, Zara Zya. Dan semoga artis-artis lain mengambil iktibar atas kata-kata dan pendirian beliau ini.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.