Latest News

Berlakon Tak Ada Kena Mengena Dengan Bayar Nafkah – Aidil Zafuan

Muka kacak, badan tough, ramai peminat dan ada pakej. Memang wajar dan logik kalau pemain bola sepak Aidil Zafuan terjun ke bidang lakonan. Abang Nara yakin pasti filem/drama/iklan lakonan Aidil akan mendapat sambutan hangat. Jadi apabila beberapa gambar dirinya sedang berlakon dikongsikan baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada Aidil berlakon kerana mahu mencari duit lebih untuk membayar nafkah anak-anaknya. Hmmmm.
aidil zafuan
Kalau anda tak tahu, baru-baru ini bekas isteri Aidil, Rita Rudaini telah membuat permohonan nafkah tertunggak sebanyak RM100,000. Memang satu angka yang banyak. Malah Aidil juga sebelum ini mengakui hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM2,000 berbanding RM5,000 yang diminta oleh Rita. Namun Aidil tampil menafikan yang dia menceburi bidang lakonan kerana mahu membayar nafkah anak-anaknya. Kata Aidil:-
Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu. Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak.
aidil rita
Semoga penceburan Aidil Zafuan dalam bidang lakonan ini akan bertambah serius apabila bersara daripada dunia bola sepak. Nampak gaya macam boleh pergi jauh. Buat masa ini, secara “part time” pun ok dah. Asah bakat terlebih dahulu. Nanti bila betul-betul nak fokus, bolehlah pergi kelas lakonan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pendapat anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.