Latest News

Itu Bukan ID WeChat Suami Saya – Ayu Raudhah

Fuh~~~ Memang panas gosip yang dibawakan oleh rakan kami di RotiKaya. Mana tidaknya, screenshot perbualan manja antara suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha dan seorang gadis di WeChat telah menimbulkan tanda tanya dan pelbagai persoalan. Adakah benar itu Zaquan atau ada orang yang menyamar? Adakah ini satu perbuatan khianat atau kenyataan? Hmmmm.
ayu raudhah zaquan adha
Agak menyedihkan sekiranya skandal ini benar-benar terjadi lebih-lebih lagi Ayu Raudhah kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua. Namun begitu, menerusi MalaysianDigest, Ayu telah tampil untuk memaklumkan yang ID WeChat itu bukan milik suaminya. Kata Ayu:-
Saya terkejut tapi bila saya fikirkan balik, saya rasa gosip tu mengarut! Sebab ID “Zaqone” tu bukan ID suami saya. Suami saya tak pakai ID dengan ejaan macam tu. Tapi yang video call (panggilan video) tu, memang suami saya beritahu yang dua hari lepas dia ada dapat panggilan. Tapi panggilan tu sekejap sangat. Saya tak tahu lah, mungkin juga ada orang sengaja rakam dan buat cerita.
Sebenarnya saya pun ada dapat gambar screen shot perbualan wechat tu. Ada orang hantar pada email saya. Tapi saya tahu semua tu tak benar. Selama ni kalau ada apa-apa, saya mesti tanya pada suami saya dahulu.
Suami saya ada beritahu, kalau yang cheerleader yang menyanyi menari macam untuk pasukan bola mat salih tu tak ada. Tapi setakat tukang bagi bunga tu ada lah.
Bagi saya gosip ini satu fitnah oleh pihak yang cuba nak mengganggu kebahagian rumah tangga kami. Iyalah, selama ni ramai yang gembira melihat saya dan suami bahagia. Tiba-tiba saja pula keluar cerita begini.
Tapi ini bukan kali pertama rumah tangga kami di uji dengan cerita-cerita macam ni. Tak mengapalah, saya okay saja. Walaupun saya tahu peminat-peminat saya ramai yang dah marah dengan Zaquan, di internet. Jangan risau, saya okay.
Suami saya pun terkejut bila keluar cerita macam ni. Walaupun dia dalam bidang sukan, tapi mujurlah dia dah biasa dengan cerita gosip dalam dunia hiburan, macam ni
ayu raudhah zaquan adha
Fuh~~ Lega sikit mendengar penjelasan Ayu Raudhah. Iyerlah teknologi sekarang kalau dimanipulasi boleh digunakan untuk memusnahkan rumah tangga orang lain. Nasib baik Ayu Raudhah tak cepat melenting dan membuat pemeriksaan lanjut dengan suaminya terlebih dahulu. Nampak gayanya, ada pihak yang dengki dengan kebahagiaan rumah tangga Ayu dan Zaquan. Hmmmm. Diharap bersabar, inilah ujian sebuah perkahwinan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.