Latest News

Izreen Azminda Sah Cerai Talak Satu

Tarikh 9 Jun pastinya menjadi satu noktah hitam dalam kehidupan Izreen Azminda apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Riza. Perbicaraan kes cerai mereka telah berlangsung di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jutaan takziah diucapkan atas penceraian ini. Semoga Izreen dan Riza tabah menghadapi suratan takdir.
izreen sah cerai talak satuTernyata desas-desus yang Izreen telah diceraikan di lokasi penggambaran sebelum ini adalah tidak tepat sama sekali. Untuk makluman, hak penjagaan anak hasil perkahwinan mereka telah diberikan kepada Izreen. Kata Izreen menerusi Berita Harian:-
Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya.
Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.
Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti.
izreen
Semoga Izreen dan Riza tabah menjalani kehidupan selepas ini. Yang penting teruskan berbaik demi kepentingan anak anda. Sambil-sambil itu renungkanlah balik saat bahagia bersama. Mana tahu terbuka hati untuk rujuk kembali. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.