Latest News

Shahir Akui Pernah Keluar Berdua Dengan Erra Fazira, Tak Timbul Soal Cinta

Ya kisah palsu bibit-bibit percintaan antara Shahir dan Erra Fazira minggu lalu sememangnya menarik perhatian para pemerhati industri hiburan. Abang Nara sendiri terkejut, lebih-lebih lagi Erra Fazira baru sahaja melalui penceraian. Takkanlah semudah itu dah jumpa pengganti kan? Nasib baiklah Erra Fazira telah tampil untuk menafikan dan menganggap yang kenyataan Shahir mungkin dimanipulasi oleh pihak media.
shahir dan erra
Apa pun, Shahir mengakui pernah keluar berdua bersama Erra Fazira namun itu semua adalah urusan kerja. Tidak pernah timbul soal cinta atau jatuh hati. Kesemuanya atas dasar professional. Kata Shahir menerusi MalaysianDigest:-
Saya akui, kami pernah keluar berdua dan juga beramai-ramai beberapa kali sekitar bulan lalu. Tapi tujuan pertemuan kami itu atas dasar kerja. Beliau mahu menawarkan saya untuk menjayakan teater Tun Teja, terbitan produksinya. Tapi saya tak dapat berikan komitmen kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada rakaman single terbaru dan kembali aktif semula dalam nyanyian.
Walaupun kami sudah keluar beberapa kali, tidak timbul soal perasaan suka (cinta) pada beliau. Kami berjumpa dan berbincang tentang kerja, jadi buat apa nak sorok-sorok. Tambahan kami jumpa di tempat awam, tentu ramai yang nampak dan hal itu tak perlu dijadikan isu. Saya tak takut atau bimbang bila isu ni timbul sebab saya sudah bersedia dengan gosip sebegini sejak kali pertama kami keluar bersama.
Tapi ketika saya ditemubual oleh program hiburan tersebut tempoh hari pun, saya langsung tidak menyatakan yang saya berkawan rapat, intim atau ada hubungan istimewa dengan beliau. Anda boleh rujuk semula pada video temubual saya itu. Seperti kata beliau, ada pihak yang cuba memanipulasikan kenyataan saya tempoh hari. Jadi hari ini saya ambil kesempatan untuk perbetulkan semula laporan media sebelum ini.
Ya, saya terkejut juga bila cerita itu timbul tiba-tiba. Selama ini saya agak senyap dari dunia nyanyian kerana menjaga ayah saya yang sedang sakit. Tapi entah macam mana, keluar pula gosip macam ni
shahir dan erra
Semoga selepas ini tiada lagi desas-desus sebegini akan bertebaran. Kesian kat Shahir dan Erra Fazira. Kedua-duanya pun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam hidup masing-masing. Erra dengan penceraiannya, Shahir dengan kemunculan semulanya. Doakanlah yang terbaik buat mereka. Semoga masing-masing akan bertemu kebahagiaan akhirnya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.