Latest News

Almy Nadia Akui Sudah Hamil 4 Minggu

Almy Nadia telah pun tampil dan mengesahkan yang dirinya kini sedang hamil 4 minggu. Sebelum iniberita kehamilan isteri kepada Fizz Fairuz ini telah disampaikan oleh Aida Gadis Melayu. Pastinya orang yang paling gembira dengan berita ini ialah Almy dan Fizz Fairuz. 10 tahun bercinta, murah rezeki mereka berdua kerana bakal dikurniakan anak sebaik sahaja sah bergelar suami isteri.
almy nadia
Kata Almy mengenai kehamilannya:-
Sebelum berjumpa dengan doktor memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung. Alhamdulillah, kami tidak merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan Fizz.
Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan pun masih baru.
Doktor kata, kalau tak larat jangan puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak tahulah macam mana pada hari-hari mendatang.
Yelah, bukannya senang kerana inilah peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat. Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah puasa
almy nadia
Awal-awal kehamilan ini banyakkan berehat. Jangan buat kerja keras. Lebih-lebih kehamilan pertama. Semoga segalanya berjalan lancar buat Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Mesti mereka berdua sedang teruja bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tahniah!!! Info asal Mstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.